Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1. = ~ bulan bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi); 2. = ~ matahari matahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari); 3. Id, ki dlm kesusahan; menggerhanakan ki menyebabkan menjadi gerhana, memudarkan: puisinya ~ semua puisi Inggeris yg sezaman dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1 peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian drpd cahaya matahari oleh bumi atau bulan. 2 ki dlm kesulitan atau kesusahan. ~ bulan gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). ~ matahari gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). ~ penuh gerhana yg menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. ~ separa gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerhana

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lunar eclipsegerhana qamari/gerhana bulanFizikTiadaTiada
lunar eclipsegerhana qamari/gerhana bulanKejuruteraanTiadaTiada
lunar eclipsegerhana qamari/gerhana bulanGeografiTiadaKeadaan yang berlaku apabila bumi terletak pada satu garisan lurus di antara bulan dan matahari.
lunar eclipsegerhana qamari/gerhana bulanGeografiTiadaTiada
totalitykepenuhanMatematikTiadaTempoh gerhana mengalami gerhana penuh.
second contactsentuhan keduaMatematikTiadaPeringkat gerhana apabila seluruh jasad gerhana, biasanya tidak melebihi 7m 40s bagi gerhana matahari.
third contactsentuhan ketigaMatematikTiadaPeringkat gerhana apabila wajah jasad gerhana kelihatan semula seperti hilal hampir penuh.
solar eclipsegerhana matahariMatematikTiadaGerhana yang berlaku pada matahari, iaitu apabila anak bulan lalu di antara bumi dengan matahari dan bayangnya sampai ke bumi, dan kawasan yang menerima bayang inilah yang mengalami gerhana matahari.
ecliptic limithad gerhanaMatematikTiadaJarak di antara matahari dengan nod orbit bulan yang tidak boleh menyebabkan gerhana matahari, atau jarak terbesar bulan dengan nod yang tidak memungkinkan gerhana bulan berlaku.
eclipsegerhanaGeografiTiadaKeadaan apabila sebahagian atau keseluruhan cahaya dari jasad samawi terlindung ketika melalui bayang jasad yang lain. Gerhana suatu satelit planet berlaku apabila planet itu melalui bayang satelit utamanya atau satelit lain, manakala gerhana matahari berlaku akibat penghijaban oleh bulan.
123456789

Kembali ke atas