Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerik;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Tuan, sewaktu saya cuba memperkelnalkan PRPM kepada rakan-rakan dan kelebihan Khidmat Bahasa, saya dapati ada jawapan Khidmat Bahasa yang bertentengan. Antaranya ialah jawapan bagi soalan ejaan ALOR STAR atau ALOR SETAR dan GERIK dengan GRIK. dALAMSATU SOALAN kHIDMAT bAHASA MENYATAKAN EJAAN YANG BETUL IALAH alor star TAPI DALAM JAWAPAN YANG LAIN IALAH alor setar. bEGITU JUGA NAMA TEMPAT gerik DI pERAK.Sebenarnya manakah ejaan yang betul? 1. Alor Star atau Alor Setar 2. Grik atau Gerik.

Untuk makluman saudara pihak kami sedang berusaha mengemas kini arkib khidmat nasihat bahasa. Kerja ini mengambil sedikit masa kerana senarai arkib yang ada melebihi 20,000 ribu pertanyaan/jawapan. Dalam hal penamaan tempat pula kami sarankan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan nama-nama tempat ini tidak boleh diubah kerana telah diwartakan sebelum tahun 1972. 

Lain-lain27.06.2011
Mana satukah ejaan yang betul bagi (1) sejenis makanan:- koey teow koew teow koetiau kuetiau (2) Nama tempat:- Gerik GrikEjaan yang betul ialah kuetiau dan Grik.Ejaan15.01.2008
Salam sejahtera pentadbir PRPM, Berapakah maksud yang didukung oleh "gerak-geri"? Menurut Kamus Dewan (2005:461), bawah masukkan "gerak", kata tersebut tercatat sebagai ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) ~ langkah = ~ laku tingkah laku. Dengan erti kata lain, "gerak-geri" membawa dua maksud, iaitu (a) penggerakan badan dan (b) tingkah laku? Atau hanya satu maksud sahaja, iaitu (a) penggerakan badan. Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Gerak-geri ialah bermacam-macam gerak (badan).Tatabahasa19.01.2013

Kembali ke atas