Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ri.la] | ݢريلا

Definisi : 1. = perang ~ perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan; 2. = pasukan ~ pasukan yg menjalankan perang gerila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ri.la] | ݢريلا

Definisi : 1 = perang ~ peperangan tidak rasmi yg dilakukan secara tiba-tiba dan bersembunyi-sembunyi. 2 orang yg menjalankan peperangan tidak rasmi secara tiba-tiba dan bersembunyi-sembunyi. pasukan ~ pasukan yg terdiri drpd gerila dan yg menjalankan perang gerila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerila


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
MPAJA

MPAJA ialah pasukan tentera gerila di bawah

Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan

Jepun di Tanah Melayu. Ia adalah singkatan bagi

Malayan People’s Anti-Japanese Army. Ia

merupakan Pasukan gerila ini menggunakan topi

berbintang tiga untuk melambangkan tiga bangsa

utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan

India. Pasukan ini juga dikenal sebagai Bintang Tiga.

UMUM 
DE WET, CHRISTIAAN RUDOLF

De Wet, Christiaan Rudolf (1854–1922) ialah

ketua gerila yang terkenal dan ahli politik di Afrika

Selatan.

UMUM 
ALLENBY, LORD

Allenby, Lord (1861–1936) ialah pemimpin

tentera British. Semasa Perang Dunia I, dia

memimpin tentera British di Mesir dan Palestin.

Dengan menggabungkan secara mahir serangan

tenteranya sendiri dan serangan gerila Arab yang

dipimpin oleh Mejar T.E. Lawrence (Lawrence of

Arabia), dia mengalahkan tentera Turki pada tahun

1917 dan 1918 (lihat Lawrence, T.E. ).

UMUM 
REJIMEN KE-10

REJIMEN KE-10, pasukan gerila Melayu yang ditubuhkan untuk menentang British. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang. Semasa penubuhannya, pasukan ini mempunyai 17 orang ahli sahaja. Rejimen ke-10 ialah pasukan yang kesepuluh daripada 12 buah rejimen dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI

PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DARUL ISLAM

DARUL ISLAM, gerakan untuk mendirikan negara Islam secara kekerasan di Indonesia. Gerakan Darul Islam muncul setelah Republik Indonesia Syarikat terbentuk (1950). Gerakan pertama muncul di Jawa Barat (1949-1962), dipimpin oleh S.M. Kartosuwirjo, seorang mahasiswa kedoktoran yang aktif dalam politik dan menyertai Sarekat Islam. Pada tahun 1940, dia mendirikan Institut Suffah di Garut, Jawa Barat. Pada peringkat awal revolusi, dia menjadi pemimpin gerila Hizbullah.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas