Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ro.bo/] | ݢروبوق

Definisi : ; bergerobok, menggerobok menggelegak (spt botol dimasukkan ke dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ro.bo/] | ݢروبوق

Definisi : 1. sj almari utk menyimpan makanan dll; 2. peti besar tempat pakaian dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ro.bo/] | ݢروبوق

Definisi : 1 almari utk menyimpan makanan. 2 peti utk menyimpan pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerobok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/homeAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua.

Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara.

Sekian, terima kasih. 
Sastera08.02.2023
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016

Kembali ke atas