Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.sang] | ݢرسڠ

Definisi : 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~; menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya; kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.sang] | ݢرسڠ

Definisi : kering dan tidak subur (ttg tanah). kegersangan keadaan gersang (ttg tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gersang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
TUMBUHAN GURUNTumbuhan di gurun panas atau kawasan gersang.GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TAMAN NEGARA YOSEMITE

Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah

gersang yang luas di bahagian tengah-timur

California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di

pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer

di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100

kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju

ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya

berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan

dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah.

Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini

mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan

hidupan liar di kawasan ini.

UMUM 
NIGER

Niger ialah sebuah negara besar, yang dilingkungi

daratan di Afrika Barat. Gurun dan gunung yang

gersang meliputi kebanyakan kawasan utara Niger.

Dataran yang diliputi pokok yang jarang-jarang

menganjur di sepanjang sempadan selatan. Negara

ini secara rasminya disebut sebagai Republik Niger,

iaitu sempena nama Sungai Niger, yang mengalir di

barat daya negara ini. Niamey ialah ibu negara Niger

dan bandar yang terbesar.

UMUM 
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK

Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan

pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke

tanah gersang yang luas di barat laut negara itu.

Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis

dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan

berlanjutan lebih daripada dua tahun.

UMUM 
SYRIA

Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut

Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang

beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang

gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar

raya terbesar.

UMUM 
TENNESSEE

Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat.

Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik

country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ).

Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi

gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di

kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan

yang bersemangat tinggi dan berani, mereka

menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini,

sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di

Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara

Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di

Tennessee .

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
DEATH VALLEY

Death Valley terletak khususnya di timur

California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian

kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun

1849, sekumpulan peneroka memberi nama

kepada kawasan lembah ini selepas mereka

melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada

tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian

daripada Death Valley National Monument.

UMUM 
12

Kembali ke atas