Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.run] | ݢرون

Definisi : takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.run] | ݢرون

Definisi : (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggeruni berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. penggerun sesuatu yg menimbulkan rasa gerun: jampi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerun


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gerun dan kejutan Umat IslamHusain HaqqaniDewan Masyarakat1 May 2003
Antara takut, gerun, takwa, bimbang dan cuakLatifah OthmanPelita Bahasa1 June 1993
Mengapa orang bukan Islam gerun dengan sesetengah pelaksanaan hukumIslam ?Hassan AhmadDewan Masyarakat1 August 1997

Kembali ke atas