Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.run] | ݢرون

Definisi : takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.run] | ݢرون

Definisi : (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggeruni berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. penggerun sesuatu yg menimbulkan rasa gerun: jampi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social phobiafobia sosialPsikologiPsikologi UmumPerasaan gerun individu terhadap orang ramai atau untuk melakukan sesuatu di khalayak kerana takut dimalukan. Antara contoh fobia sosial ialah gerun untuk bercakap dengan orang asing atau kumpulan besar dan merasa takut sekiranya ditolak atau diperli oleh orang lain. Fobia sosial boleh berpunca daripada cara keibubapaan yang terlampau melindungi anak-anak mereka atau sering menggunakan sindiran atau kritikan. Jenis rawatan yang biasa digunakan untuk masalah ini ialah pengambilan dadah antidepresan, dadah antiresah atau menggunakan kaedah terapi kognitif-tingkah laku.
bathophobiagerun kedalaman/batofobiaPendidikanTiadaTiada
awegerun-kagumPendidikanTiadaTiada
nosophobiagerun penyakitPerubatanTiadaTiada
nygtophobiagerun gelapPsikologiTiadaTiada
nosophobiagerun penyakitPsikologiTiadaTiada
bathophobiagerun kedalaman/batofobiaPsikologiTiadaTiada
computerphobiagerun komputer/fobia komputerTeknologi MaklumatTiadaRasa takut terhadap komputer.
computerphobiagerun komputer/fobia komputerUmumTiadaTiada
death phobiagerun mautPsikologiTiadaTiada
12

Kembali ke atas