GERUS | GERUS, proses melicinkan dan mengilatkan permukaan kain menggunakan sejenis siput bintang (cypraea tigris) yang besar, berbentuk bujur bulat dan mempunyai tapak yang rata. Permukaan kulit siput itu berwarna putih kekuningan dan berbintik-bintik coklat di atasnya. Hingga ke hari ini masih ada orang Melayu yang menggunakannya sebagai satu alat penting untuk menggerus. Mereka yang mahir akan menggunakan sebiji siput sahaja untuk melicinkan dan mengilatkan sehingga 30 helai kain sarung. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
BUTANG | BUTANG, sejenis kancing untuk mencantumkan pakaian pada bahagian yang tertentu. Pada masa dahulu, butang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti siput gerus, tempurung, kayu, buluh, kulit, pelbagai jenis logam, tulang dan tali. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
MATA WANG MELAYU | MATA WANG MELAYU, mata wang yang pernah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Mata wang ini mula diperkenalkan semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara bentuk mata wang yang digunakan pada masa itu termasuklah debu emas, batang perak, bongkah timah dan kulit siput gerus. Para pedagang asing juga memperkenalkan mata wang seperti duit tembaga China, duit Pasai, emas dinar, duit timah dan duit tempatan. Walau bagaimanapun, mata wang Pasai menjadi asas pembentukan mata wang di Melaka. Dinar emas Pasai terus digunakan hingga tahun 1514. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |