Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ru.tu] | ݢروتو

Definisi : kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; ®kerutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ru.tu] | ݢروتو

Definisi : sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji Salihin; menggerutu bersungut-sungut, mencomel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ru.tu] | ݢروتو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, meranti gerutu, seraya putih berat (di Sabah), Parashorea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ru.tu] | ݢروتو

Definisi : benda atau sesuatu yg timbul (-timbul) atau tersembul pd permukaan yg rata. bergerutu ada atau terdapat gerutu. menggerutu 1 tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2 banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerutu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gerutugerutuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai kayu Parashorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti gerutu, dan di Sabah ialah seraya putih berat. Spesies utama termasuk Parashorea demsiflora dan P. stellata di Semenanjung, dan P. parrifolia dan P. smythieii di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu gerutu berwarna kuning keputihan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keemasan, dan yang menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan.kayu ini mudah dikerjakan, kecuali apabila digergaji, dan agak sukar dikeringkan, mudah retak dan rekah, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu gerutu sesuai digunakan untuk kerja binaan sederhana dan ringan, dinding dan papan panel, perabot, lantai, venir, papan lapis, dan kotak kayu.
toothgigi), gerutuKesenianTiada2. Gerutu: Tekstur bintik-bintik timbul pada latar lukisan yang membolehkan cat melekat bila disapu.
asperitygerutuKejuruteraanTiadaBerkeadaan kasar contohnya pada permukaan daun.
brown crepegerutu coklatKejuruteraanTiadaTiada
seedinesscat gerutuKesenianTiadaTiada
axed workbatu gerutuKejuruteraanTiadaTiada
textured finishkemasan gerutuKesenianTiadaTiada
rugose mosaicmozek gerutuBiologiPatologiMozek pada tembakau yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini ialah mengulungnya daun muda yang nampak hijau tua dengan permukaan yang menggerutu dan tebal.
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.

Kembali ke atas