Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.sa] | ݢسا

Definisi : ; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-­gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-­cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.sa] | ݢسا

Definisi : ; bergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1 menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat: Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2 menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gesa

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rushn 1. hurried activity, haste, tergesa-gesa, terburu-buru, bergegas-gegas: the ~ of city life, hidup tergesa-gesa di bandar raya; I’m in no ~, saya tdk tergesa-gesa; what’s the ~?, mengapa tergesa-gesa?; in o’s ~, dlm keadaan /tergesa-gesa, terburu-buru, bergegas-gegas/: in her ~ to get away, she tripped, dlm keadaan tergesa-gesa hendak pergi dia tergelincir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurryn 1. haste, tergesa-gesa, terburu-buru, bergegas(-gegas): in his ~ to leave, he left his bag behind, dlm tergesa-gesa hendak pergi, dia tertinggal begnya; what’s your ~?, mengapa tergesa-gesa?; 2. need for haste, perlu /tergesa-gesa, terburu-buru/: there’s no ~, tdk perlu tergesa-gesa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear2~ off, tergesa-gesa +approp v : she tore off home, dia tergesa-gesa pulang ke rumah; he tore his shirt off, changed and left in a hurry, dia tergesa-gesa menanggalkan bajunya, bersalin pakaian dan cepat-cepat pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurry-scurryn (keadaan) /tergesa-gesa, terburu-buru/: in the ~ of his departure, dlm tergesa-gesa utk bertolak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scramble~ through, menyiapkan dgn tergesa-gesa: he ~d through his report, dia menyiapkan laporan itu dgn tergesa-gesa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unhurriedadj tdk /terburu-buru, tergesa-gesa, bergegas-gegas/; (of voice) lambat-lambat: she always appears ~, dia selalu kelihatan tdk tergesa-gesa; a calm and ~ voice, nada suara yg tenang dan lambat-lambat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tearingadj; in a ~ /hurry, rush, pace/, tergesa-gesa betul: I am in a ~ hurry this morning, saya tergesa-gesa betul pagi ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scribblevt write hastily and carelessly, mencoret (secara tergesa-gesa): I just managed to ~ a note to my daughter, saya hanya sempat mencoret catatan ringkas secara tergesa-gesa kpd anak perempuan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rushvi 1. hasten, tergesa-gesa, terburu-buru, bergegas-gegas: there’s no need to ~, we have plenty of time, tdk perlu tergesa-gesa, kita ada banyak masa; 2. move swiftly and impetuously, dash, meluru: he ~ed down the stairs and out of the house, dia menuruni tangga dan keluar dr rumah itu; she ~ed out of the room in tears, dia meluru keluar dr bilik itu sambil menangis; 3. surge, a. (of air, water) menderu: air came ~ing from the broken valve, udara datang menderu dr injap yg pecah; water ~ed into the bath, air menderu masuk ke tempat mandi; b. (of blood) berderau: the blood ~ed to her face, darah berderau naik ke mukanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurryin a ~, a. in a rush, tergesa-gesa, terburu-buru: he had to leave the meeting in a ~, dia terpaksa meninggalkan mesyuarat itu dgn tergesa-gesa; b. anxiously eager, cepat: I am in a ~ to make money, saya hendak cepat kaya; she is in a ~ to go home, dia hendak cepat pulang; c. easily or willingly, semudah itu, secepat itu: he won’t invite me again in a ~, dia tdk akan semudah itu menjemput saya lagi; in no ~, not in a rush, tdk perlu cepat: I am in no ~ to go home, saya tdk perlu cepat pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas