Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.sa] | ݢسا

Definisi : ; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-­gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-­cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.sa] | ݢسا

Definisi : ; bergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1 menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat: Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2 menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gesa

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gesa tindakan lucut kerakyatanIbrahim IsaHarian Metro20.08.2007
Gesa DBP tinggikan mutu keluaran buku teksTiadaBerita Harian30.04.1973
Gesa adakan badan budaya PahangTiadaUtusan Malaysia18.04.1974
Gesa hidupkan kembali persatuanTiadaHarian Nasional22.01.1984
Gesa bubar Kumpulan Budaya NegeriTiadaBerita Harian15.08.1981
Gesa jadikan "sejarah dan tamadun islam" matapelajaran khasTiadaMingguan Malaysia19.04.1981
Gesa kemaskan Dasar PelajaranTiadaBerita Harian01.10.1986
DBP gesa para penulis manfaatkan Majalah EtnikMarryan RazanNew Sabah Times17.12.2008
Puteri gesa dasar diterus tanpa keraguanTiadaBerita Minggu29.03.2009
PPBMM gesa kembalikan martabat bahasa MelayuTiadaUtusan Malaysia23.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas