Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.sa.an] | ݢساءن

Definisi : kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.sa.an] | ݢساءن

Definisi : kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gesaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PANDANGAN DBP TERHADAP GESAAN MENGGUNAKAN BAHASA MALAYSIA BAGI MENGGANTIKAN BAHASA MELAYU?Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain11.07.2007
Saya baru menerima respons kepada permintaan semakan kata "inspiring progress" - "mengilham kemajuan", dan pihak tuan telah mencadangkan "kemajuan memberikan inspirasi". Sebenarnya frasa tersebut adalah sebahagian daripada frasa penuh, "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" di mana perkataan "Celebrating" dan "Inspiring" lebih berbentuk kata kerja atau kata perintah. Bolehkah saya cadangkan: - Mengilhami kemajuan - Mendorong kemajuan - Merangsang kemajuan atau kata2 yang difikirkan lebih sesuai sebagai kata gesaan/kerja. Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan  yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanMakna02.06.2017

Kembali ke atas