Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.sé.ran] | ݢيسيرن

Definisi : 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.sé.ran] | ݢيسيرن

Definisi : sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geseran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GESERAN UMUM 
DERMATITIS

Dermatitis ialah radang kulit yang menyebabkan

gatal atau melecur. Ia menyebabkan kemerahan,

bengkak, lepuh, meleleh, kulit kasar atau kulit

bersisik. Ia mungkin disebabkan oleh geseran,

kepanasan, kesejukan, atau sinaran matahari.

Walau bagaimanapun, agen kimia adalah paling

biasa menyebabkan dermatitis.

UMUM 
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 
MUSHET, ROBERT FORESTER

Mushet, Robert Forester (1811–1891) ialah

ahli kaji logam Inggeris. Pada tahun 1870, dia

mempatenkan logam tungsten dan besi keluli yang

mempunyai kualiti keras diri. Logam ini amat

sesuai untuk dibuat alat mesin kerana ia

mengekalkan tepi bucu pemotongan, walaupun

berwarna merah kerana geseran. Mushet

membantu memperbaik proses Bessemer untuk

membuat besi keluli. Dia menemui bahawa logam

aloi yang dikenal sebagai spiegeleisen boleh

dicampurkan dengan keluli untuk membantu

proses pengkarbonan semula besi keluli tersebut.

Penemuan ini merintis jalan kepada pembaikan

kekuatan besi keluli [lihat Besi dan keluli (Sejarah)].

Mushet lahir di Coleford, Gloucestershire.

UMUM 
PERISAI HABA

Perisai haba ialah penutup pada kon muncung

kapal angkasa atau roket. Ia melindungi

angkasawan dan peralatan daripada haba yang

amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan

kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan

demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari

orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba

melalui geseran terhadap permukaan kapal

angkasa.

UMUM 
LELASAN

Lelasan, penghakisan batuan akibat geseran kumin-kumin pepejal yang digerakkan oleh air yang mengalir, ais, angin, atau graviti.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TAYLOR, SIR GEOFFREY

Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik

Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya

kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam

ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913,

yang bekerja dalam bidang metereologi dan

aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918),

dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi

yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor

lahir di London.

UMUM 
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 

Kembali ke atas