Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.tah] | ݢته

Definisi : 1. cairan pekat yg keluar dr bermacam­macam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.tah] | ݢته

Definisi : ; ~ sundik sj tumbuhan (pokok), Payena havilandii; akar ~ sundik sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, Leuconotis maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.tah] | ݢته

Definisi : 1 air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2 = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 2 = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 3 bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya adalah utk membuat tayar, bola dll). 4 (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). menggetah 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah

Puisi
 

Naik ke darat memotong getah,
     Ambil sekerat ampaian kain;
Bagaimana tanah nak basah,
     Hujan menimpa di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

agensi utama untuk membantu membangunkan dan memodenkan industri getah Malaysia dalam semua aspek, dari penanaman pokok getah, pengekstrakan dan pemprosesan getah asli, penghasilan produk getah, dan pemasaran getah serta produk getah.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
PEMVULKANANPemvulkanan ialah sautu proses kimia untuk merangkaisilangkan molekul getah asli atau getah sintetik berdasarkan tindak balas ikatan kuasa dua dalam getah itu.KIMIAProses/Tindak Balas
GETAH MANNA UMUM 
GETAH UMUM 
GETAH SINTETIKBahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GETAH HUTANGETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
PEMPROSESAN GETAHKaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses.KEJURUTERAANKaedah
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC)

Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia

(MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang

bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti

pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan

ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan

daripada Malaysian Rubber Development

Corporation.

UMUM 
GULA-GULA GETAH UMUM 
12345

Kembali ke atas