Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ta.ran] | ݢترن

Definisi : gentaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ta.ran] | ݢترن

Definisi : gerakan yg bergetar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GETARAN UMUM 
PIC

Pic ialah ciri bunyi yang ditentukan oleh frekuensi

getaran gelombang bunyi. Bunyi pic tinggi

mempunyai frekuensi yang lebih tinggi

berbanding dengan bunyi pic rendah. Apabila

pemain violin menala alatnya, dia melaraskan

setiap tali supaya ia bergetar pada frekuensi yang

dikehendaki (lihat Bunyi ).

UMUM 
PRICE, LEONTYNE

Price, Leontyne (1927– ) ialah penyanyi Amerika

Syarikat yang digolongkan sebagai salah seorang

soprano yang paling terkenal dalam zamannya.

Suaranya yang lantang mempunyai mutu getaran

yang menarik dan luar biasa kepelbagaiannya. Price

menjadi masyhur kerana resital konsert dan

persembahan operanya juga. Peranan lakonnya

dalam opera Aida mungkin merupakan peran

operanya yang paling terkenal. Lakonannya pada

tahun 1960, di La Scala di Milan, Itali, menjadikan

dia terkenal di seluruh dunia. Dialah wanita kulit

hitam pertama yang menjadi penyanyi utama dengan

syarikat opera yang masyhur itu.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
SONOMETER

Sonometer ialah alat yang digunakan untuk

mengkaji perhubungan matematik nada dalam

muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai

monokod, mengandungi seutas tali yang diregang

ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada

roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar

lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah

getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali

dipendekkan atau diperketat.

UMUM 
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 

Kembali ke atas