Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ta.ran] | ݢترن

Definisi : gentaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ta.ran] | ݢترن

Definisi : gerakan yg bergetar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vibrationgetaranKejuruteraanKejuruteraan MekanikPerubahan sesaran berkala yang berterusan apabila dirujuk pada satu titik rujukan tetap. Getaran terdiri daripada dua jenis, iaitu getaran bebas dan getaran paksa. Getaran dinyatakan dalam magnitud dan frekuensi. Getaran boleh berlaku akibat turun-naik halaju, gerakan jisim tak seimbang, salah jajaran, sambungan longgar dan perambatan gelombang tekanan kerana aliran tak mantap.
elastic waregelombang anjalKejuruteraanPetroleumBentuk perpindahan tenaga yang bertindak sebagai satu medium yang di dalamnya getaran-getaran zarah merupakan canggaan plastik untuk medium tersebut.
undamped vibrationgetaran tak teredamMekanikGunaanGetaran bebas atau getaran paksa yang ditindak oleh daya peredam boleh abai. Getaran tak teredam merupakan suatu unggulan yang mengandaikan bahawa getaran ini akan berterusan tanpa berhenti. Dalam keadaan sebenar, kesan daya peredam yang wujud akan mematikan getaran itu akhirnya.
natural moderagam tabiiMekanikGunaan(bagi getaran) Keadaan getaran yang berlaku di bawah tindakan daya pemulih sahaja, iaitu di bawah keadaan getaran bebas.
damped vibrationgetaran teredamKejuruteraanTiadaGetaran bebas atau getaran paksa yang ditindaki daya pelambat yang merintangi gerakan.
damped vibrationgetaran teredamMekanikGunaanGetaran bebas atau getaran paksa yang ditindak oleh daya pelambat yang merintangi gerakan. Lihat juga daya pelambat.
periodic vibrationgetaran berkalaMekanikGunaanGetaran yang dicirikan oleh gerakan yang berulang-ulang dengan kala yang malar. Getaran berkala yang tipikal ditunjukkan dalam Rajah G11. Lihat juga kala getaran. RAJAH G 11
aileron buzzgetaran aileronAeroangkasaTiadaGetaran yang berlaku pada aileron apabila halaju genting tercapai.,Getaran yang berlaku pada aileron apabila halaju genting tercapai.
harmonic vibrationgetaran harmonikMekanikGunaanGetaran berkala yang berbentuk lengkung bentuk sinus. Lihat juga getaran berkala, lengkung bentuk sinus.
damperperedamKejuruteraanTiada2. Peranti getaran untuk menarai getaran.,3. Plat, injap atau peranti lain yang mengawal jumlah drauf dalam dandang atau serombong relau.,4. Diod yang digunakan dalam litar pesongan mengufuk penerima televisyen untuk membuatkan arus pesongan gerigi menyusut secara licin ke sifar dan bukannya berayun di sekitar sifar.
12345678910...

Kembali ke atas