Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
GhaibDjazlam ZainalDewan Sastera1 September 1996
Bayi Ghaib Sewaktu BersalinWahid KasranKarya1 January 1998
Berbagai pengalaman ghaib Hamka-Mastika1 April 2008
200 Hari GhaibSaharil Hasrin SaninWanita1 July 2006
Unsur-Unsur ghaib dalam tekstil IndonesiaHolgren, Robert JDewan Budaya1 April 1981
Kepercayaan kuasa ghaib di kalangan masyarakat asliShukri Matt AliMastika1 June 1991
Tamu Dari Alam GhaibWahid KasranKarya1 March 1998
Tamu Dari Alam GhaibWahid KasranKarya1 February 1998
Suatu Pemandangan Yang GhaibRuhul-ZudusBahana1 April 1976
Modenisme dan ilmu ghaib... bercanggah?Shamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 April 1995
12

Kembali ke atas