Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghairah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
GhairahMohd. Isnin TawafDewan Sastera15 September 1984
Melayu ghairah dengan hantu dan hiburanTiadaAl Islam1 October 2006
Sajak Ghairah Dari LumpurAdi MarhaenBahana1 November 1994
Distikhon GhairahLeo A. W. SPutera Puteri1 September 1993
Dalam Ghairah BerapiJamaludin DDewan Sastera1 December 1991
Distikhon GhairahLeo A. W. SPutera Puteri1 August 1993
Debat Feminis: Ghairah, Riuh, MencabarJohan JaaffarDewan Sastera1 December 2002
Perlukah adegan ghairah?Zaiton NasirDewan Budaya1 October 1990
Bila suratkhabar datang, ghairah membaca pun hilangA.F. YassinDewan Masyarakat15 June 1979
Pemburu Lelah yang GhairahDRemaja1 May 1986
12

Kembali ke atas