Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghairah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ghairah seni kotaZulkifli Mohamad, Dr.,Kosmo30.06.2007
Ghairah anak tunggalOng Boon TeckBacaria27.02.1985
Ghairah berpuisiTiadaBacaria06.05.1987
Ghairah baru penulis Pelita BesutTiadaBerita Harian17.05.1986
Ghairah penulis mudaWahbaUtusan Zaman18.04.1976
Ghairah tak bertempat hancur diri sendiriZahari AffandiMingguan Islam11.07.1986
GhairahRahman ShaariMingguan Bumi01.01.1983
Ada Ghairah di MatanyaAri M. YMingguan Kota15.05.1988
Usah ghairah adaptasi karya asingZainuri MisfarBerita Harian30.04.1996
Danau GhairahRuhie IsmaBerita Minggu27.07.1997
123456

Kembali ke atas