Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi] | ݢي

Definisi : minyak sapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk menyebut perkataan serapan daripada bahasa Inggeris yang bermula dengan psi seperti psikologi. Adakah disebut pi-si-ko-lo-gi atau si-ko-lo-gi yang bermaksud huruf P itu disenyapkan?Psikologi boleh disebut dengan dua cara iaitu [psi.ko.lo.gi] dan [si.ko.lo.gi]Tatabahasa15.04.2019
Salam, sat gi yang bermaksud sebentar lagi boleh dijumpai di dalam Glosari Dialek Pulau Pinang. Saya ingin tahu jika perkataan "gi", singkatan bagi perkataan "lagi" boleh diterima? Terima kasih.
Singkatan  "gi" bagi perkataan  "lagi" boleh diterima dalam dialek Pulau Pinang. 
Lain-lain10.06.2020
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya, bagaimanakah sebutan yang tepat untuk perkataan yang diakhiri dengan "gi", seperti "antologi" dan "biologi"? Adakah "jii" atau "gii"?Untuk sebutan baku, perkatan antologi, biologi perlu disebut mengikut huruf atau sebutan "gi" pada hujungnya. Lain-lain14.02.2021
teknologitek-no-lo-giLain-lain10.11.2008
Terdapat perkataan seperti pedagogi, morfologi dan fonologi. Apakah maksud gi di belakang setiap perkataan itu dan apakah fungsinya?

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kerana persoalan ini memerlukan sedikit kajian maka saya akan menjawabnya secepat yang mungkin. Terima kasih.

Makna15.02.2010
Tuan, Mohon untuk menterjemah: To authenticate the origin of Sarawak pepper according to Geographical indication (GI) Ia dalam konteks Lada (sulah) Sarawak. Jong Chian Lai

Untuk makluman DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan berdasarkan istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami.




 Untuk mengesahkan asal-usul lada Sarawak berdasarkan petunjuk geografi

 


 

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Salam, saya ingin bertanya bolehkah sukukata dijadikan perkataan yang tidak membawa maksud seperti bi..ba = biba, ga..gi=gagi. Sekian terima kasihBoleh tetapi lazimnya untuk tujuan pengajaran contoh suku kata diambil daripada perkataan yang betul bagi memudahkan kefahaman pembaca.Tatabahasa21.02.2012
Apakah padanan sesuai untuk istilah 'trading card game' dalam BM? Trading card game ialah sebuah koleksi kad permainan yang boleh dibeli di pasaran dan berlawan/bermain sesama pemain seperti kad permainan Yu-Gi-Oh dan pokemon. Terima kasihPadanan yang sesuai untuk trading card game dalam bahasa Melayu ialah permainan kad.Makna27.11.2022
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang?Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut:
(fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang).
Tatabahasa19.04.2013
Slm, suku kata untuk perkataan berikut: a)ungu b)tenggiling c)rambutan d)durian e)longan Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

a)ungu - u..ngu

b)tenggiling - teng..gi..ling

c)rambutan - ram..bu..tan

d)durian - du..rian

e)longan - lo..ngan

Lain-lain02.11.2010
12

Kembali ke atas