Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gian] | ݢيان

Definisi : 1. cepat habis, banyak terpakai (minyak dll): orang boros lekas ~, merapu dana hari kemudian; 2. bp sangat ketagih akan sesuatu (dadah dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gian] | ݢيان

Definisi : 1 cepat habis; banyak terpakai (spt minyak, sabun). 2 sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu; ketagih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan.Berikut merupakan terjemahan yang betul:

1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak
2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 
3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 
4) Level of consciousness: Tahap kesedaran
5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 
6) Fidgeteness: Gelisah, resah
7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan
8) Attentive: Memberikan perhatian penuh
9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri
10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan
11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah

Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat.
Makna08.06.2018

Kembali ke atas