Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gian] | ݢيان

Definisi : 1. cepat habis, banyak terpakai (minyak dll): orang boros lekas ~, merapu dana hari kemudian; 2. bp sangat ketagih akan sesuatu (dadah dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gian] | ݢيان

Definisi : 1 cepat habis; banyak terpakai (spt minyak, sabun). 2 sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu; ketagih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
withdrawal statekeadaan sarak/keadaan gianPerubatanPsikiatriPerubahan yang dialami oleh seseorang, sama ada dari segi fizikal atau psikologi setelah mengurangkan atau menghentikan pengambilan dadah yang berbahaya termasuk alkohol.
licenzalicenzaMuzikTiada

 Pemuzik diberi kebebasan untuk melenturkan ritma dan tem­po sesebuah karya yang dipersembahkan. Contohnya, bahagian pembukaan Prelud No. 1 daripada Three Preludes oleh Gershwin.

á deux á deuxMuzikTiada

Bahagian skor muzik yang memerlukan dua pcmuzik untuk bermain pada masa yang sama secara serentak. Dalam karya orkestra, dua instrumen digunakan untuk memainkan baha­gian muzik yang sama secara senada, Sinonirn a 2.

kanjirakanjiraMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang, iaitu tamborin. Kulit dipasang pada badan kanjira, sementara piring logam kecil dilekatkan pada bahagian bingkai kanjira yang sempit. Apabila permukaan kulit dipukul dengan tangan, piring logam tersebut akan menghasilkan rentak tertentu. Kanjira berasal dari India dan dimainkan dalam ensembel tradisi muzik Karnatak di selatan India.

thaothaoMuzikTiada

Teknik variasi tempo, rentak dan melodi dalam muzik klasik Thailand. Penukaran thao merupakan proses pengembangan dan pengecilan pusingan masa. Sesuatu lagu klasik Thailand dimainkan mengikut susunan thao, seperti bahagian panjang atau sam chan yang dimainkan dalam tempo perlahan, baha­gian tengah atau song chan dalam tempo sederhana, dan ba­hagian pendek atau chan dio dalam tempo cepat. Setiap thao dikaitkan dengan corak rentak tertentu yang dimainkan oleh alat muzik ching. Konsep thao sama dengan konsep irama da­lam muzik Jawa. Sinonim thaw. Lihat juga irama.

inanginangMuzikTiada

 Lagu dan tarian sosial sinkretik Melayu yang rancak. Lagu inang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak inang mengiringi tarian piring, tarian lilin dan tarian payung. Lagu inang diiringi ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang mengiringi inang merangkumi biola, akordian, rebana dan gong. Lagu inang mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Baha­gian A ialah pembayang pantun dan bahagian B ialah maksud pantun. Contoh lagu inang ialah Mak Inang, Inang Cina dan Inang Kelantan. Lagu inang dimainkan dalam persembahan ronggeng dan bangsawan. 

modusmodMuzikTiada

1.      Skel tujuh pic yang diatur mengikut susunan ton dan semi-ton yang tertentu.

2.      Sistem mod gereja Zaman Pertengahan, iaitu dorian,Phry­gian, lydian, mixolydian, hypodorian, hypophrygian, hypo-lydian, dan hypomixolydian. Pada abad ke-16, ionian/skel major dan aeolian/skel minor ditambah pada sistem mod gereja ini. Locrian ditambah pada sistem mod oleh pakar teori moden. Mod autentik, iaitu dorian, phrygian, lydian dan mixolydian mempunyai ton pertama sebagai finale sedangkan mod plagal, iaitu hypodorian, hypophrygian, hypolydian dan hypomixolydian mempunyai ton keempat sebagai finale.

       3.  Sistem ritma pada abad ke-13 yang berasaskan enam corak mod ritma              yang mudah. 

tertiantertianMuzikTiada

1.Bunyian kord tertian terhasil daripada pertindihan not yang berjarak minor dan/atau major ke-3, serta balikannya, iaitu minor dan/atau major ke-6. Contohnya, kord major, minor, augmented, diminis, dominan ke-7, diminis ke-7 penuh dan diminis ke-7 separuh.

2. Harmoni tertian terbentuk sekiranya kord    tertian berlaku secara berturutan. Harmoni tertian biasanya merujuk kepada harmoni yang digunakan oleh komposer dalam karya sepanjang zaman praktis lazim, iaitu dari tahun 1600-1900. Namun, terdapat ramai komposer yang menggunakan har­moni tertian, contohnya, Leonard Bernstein (1918-1990) dalam karya West Side Story, Aaron Copland (1900-1990) dalam karya Billy The Kid, Gian Carlo Menotti (1911) dalam karya The Saint ofBleecker Street, dan Kurt Weill(1900-1950) dalam karya Die Dreigroschenoper. Sinonim harmoni tertian, kord tertian.

 

 


Kembali ke atas