Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giat] | ݢيات

Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[giat] | ݢيات

Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah subjek dan predikat dalam ayat ini? Para petani giat menanam pokok durian ini kerana harganya mencecah RM40 sekilogram. moga saya dapat jawapan secepat mungkin. terima kasihPembagian subjek dan pradikat dalam ayat "Para petani giat menanam pokok durian ini kerana harganya mencecah RM40 sekilogram."  "Para petani" ialah subjek, manakala "giat menanam pokok durian ini kerana harganya mencecah RM40 sekilogram" ialah pradikat. 
Tatabahasa12.02.2022
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH.

1.  Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara.
Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek.  

2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.

Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara."

Tatabahasa03.06.2013
APAKAH MAKNA MENGARUSPERDANAKANDalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan.Makna05.01.2012
Ingin penjelasan berhubung pemakaian kata 'mengarusperdana' dan definisi istilah tersebut.Dalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan.Tatabahasa20.05.2015
Assalamualaikum, Saya ingin berikan cadangan supaya DBP lebih giat berinteraksi bersama penutur bahasa Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya melalui media sosial, khususnya Twitter. Jadikan akaun rasmi DBP di Twitter sebagai akaun hidup yang mampu menarik anak muda supaya cinta akan bahasa ibunda. Saya ingin berikan contoh akaun Twitter Merriam-Webster yang digemari ramai kerana berkongsi hasil pencarian popular harian yang mencerminkan keadaan perkembengan sosial di Amerika. Jika DBP mampu mengelola akaun Twitter sama seperti Merriam-Webster, mungkin ramai akan lebih cakna terhadap bahasa Melayu dan kepentingan serta kehebatannya. Saya lihat, akaun rasmi DBP hanya memuatnaik keratan akhbar sahaja. Minta cadangan saya dipanjangkan ke pihak yanh berwibawa.Kami ambil maklum cadangan yang dikemukakan dan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan sewajarnya.Lain-lain28.08.2017
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya?Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Makna25.03.2010
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojakMenggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta.Lain-lain27.10.2006
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasihKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain15.07.2016
1234

Kembali ke atas