Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active arclengkok giatMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh tali sawat berlakunya penyusutan bagi nilai tegangan ecara beransur-ansur, iaitu daripada nilai tegangan ketat kepada nilai tegangan kendur. Lengkok giat sentiasa lebih kecil daripada lengkok sentuh. Lihat juga lengkok sentuh lengkok melahu.
overactivegiat lampauPendidikanTiadaTiada
enterprisinggiat berusahaPertanianTiadaTiada
extravigorouslebih giatKomunikasi MassaTiadaTiada
economically activegiat secara ekonomiGeografiTiadaTiada
locally activegiat setempatKejuruteraanTiadaTiada
economically activegiat secara ekonomiSosiologiTiadaTiada
come backgiat semulaPentadbiranTiadaTiada
come backgiat semulaSejarahTiadaKembali semula kepada keadaan, kedudukan, pendirian atau pegangan awal yang telah ditinggalkan.
activated silicasilika giatKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas