Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBERSIHAN GIGI

Kebersihan gigi ialah sains dan amalan

penjagaan gigi, gusi, dan bahagian lain mulut.

Mulut yang bersih menghalang berlakunya

kerosakan gigi, penyakit gusi, dan kerosakan yang

lain di bahagian mulut (lihat Gigi [Penyakit]).

UMUM 
KUSPID

Kuspid lihat Gigi (Gigi kekal).

UMUM 
ASAH GIGI

Satu cara tradisional untuk mencantikkan gigi.  Salah satu tujuan asah gigi ini adalah untuk mencegah gigi daripada rosak. 

BUDAYAAlat/Alatan
GIGI UMUM 
SUMBI GIGIKapsyen          :           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan
ORTODONTIK

Ortodontik merupakan satu cabang bidang

pergigian yang mencegah dan membetulkan

kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain

mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang

tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi

lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi

[lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga

menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan.

UMUM 
PERGIGIAN

Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis,

merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi,

rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor

pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak

cara, terutamanya melalui kemahiran mereka

mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah

gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor

pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai

ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh

mencadangkan cara yang betul untuk memberus

gigi supaya gigi sihat.

UMUM 
EDENTATEdentat ialah mana-mana satu daripada sekumpulan mamalia yang tidak mempunyai set gigi yang lengkap atau yang tidak mempunyai gigi sama sekali.UMUM 
AMALGAM

Amalgam ialah aloi merkuri dan logam lain.

Doktor gigi menggunakan perak dan amalgam

berasaskan logam lain apabila menampal lubang

pada gigi. Amalgam ini, mulanya lembut, berubah

menjadi tampalan yang keras dan tahan lama.

UMUM 
PERIODONTITIS

Periodontitis ialah penyakit gusi dan tulang

yang menyokong gigi dalam rongga masing-

masing. Ia juga dikenali sebagai pyorrhoea

alveolaris dan merupakan punca utama gigi

tercabut apabila seseorang melebihi usia 35 tahun.

UMUM 
1234

Kembali ke atas