Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gih] | ݢيݢيه

Definisi : Mn keras hati, tegar hati, patuh kpd pendirian (pendapat dsb) sendiri: dgn ~nya, ia menghapuskan rasuah dlm jabatannya; menyingkirkan lawannya yg paling ~; kegigihan perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat (fikiran dsb): setelah berjuang dgn segala ~nya, dia berjaya juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gih] | ݢيݢيه

Definisi : ark; menggigih menggigil, menggeletar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gih] | ݢيݢيه

Definisi : 1 tetap teguh pendirian atau fikiran; tidak berganjak pendirian: Allahyarham ialah pejuang yg ~ menentang Inggeris. 2 terus berusaha dgn giat serta menggunakan segala kebijaksanaan utk mencapai sesuatu tujuan: Utk menjayakan projek itu, mereka berusaha dgn ~ selama beberapa tahun. kegigihan kesungguhan atau keteguhan berpegang pd pendapat atau fikiran sendiri; sifat gigih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. gigih berusaha / berusaha gigihFrasa yang tepat ialah berusaha dengan gigih.Tatabahasa02.09.2014
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Pak Cik Seng gigih mengusahakan ladang kelapa sawit bersama-sama isterinya. Pilih perkataan seerti bagi gigih. A tekun. B tabah. C rajin. D malasPerkataan tekun, tabah dan rajin mempunyai makna yang hampir sama, namun jawapan yang paling hampir, iaitu seerti dengan gigih ialah tabah. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri; tabah bermaksud tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani,cekal demi mencapai kejayaan, kecemerlangan. Manakala tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh.Makna03.07.2014
Salam, 1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih","Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat di atas, ayat manakah yang betul? Bolehkah "demi" dan "untuk" bertukar ganti penggunaanya dalam ayat-ayat tersebut? 2."Daun pokok itu gugur kerana _________." Sila lengkapkan ayat tersebut dengan perkataan yang paling tepat. Bolehkan "kehausan" digunakan? Terima kasih.1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih",
    "Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat tersebut perkataan "demi" dan "untuk" boleh bertukar ganti. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 277. 

2. Perkataan "kehausan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut, berkemungkinan boleh diisi dengan perkataan "... kerana ditiup angin" atau perkataan lain yang tepat dari segi maknanya.
Tatabahasa27.10.2014
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlasBekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura.Makna16.03.2008
Ayat di bawah ini jenis ayat perintah apa? Usahkan kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai sebaliknya kita perlu berusaha gigih.Ayat tersebut merupakan ayat perintah larangan. Akan tetapi, ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih tepat: Usah kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai, sebaliknya kita perlu berusaha dengan lebih gigih.Tatabahasa28.09.2015
Slm, Mohon semak ayat di bawah betul atau tidak. a)Beliau pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana rasa keropok lekor yang sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekornya didapati terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilangnya. TqSelamat tengah hari,

Sila lihat pembetulan:
a)Beliau merupakan pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin.
b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana sedap dan harga yang murah.
c)Bahan utama keropok lekor diperoleh terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilang.

Sekian, terima kasih
Tatabahasa08.08.2016
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasihPendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan.Tatabahasa24.07.2011
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka"

Saudara Zam,

i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan  untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut.  ii. Yang betul sebatang anak panah.  iii.  Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'.  iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul.  Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal.        

Tatabahasa06.08.2009
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja.

Puan,

Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja.

Terima kasih.

Tatabahasa06.01.2011
biografi penulis "Zuber Usman"Terima kasih atas soalan saudara. Sebenarnya hampir tiada maklumat tentang penulis Zuber Usman ini didokumentasikan. Cuma yang diketahui beliau adalah salah seorang pengkaji kesusasteraan Melayu yang gigih. Saudara boleh datang membuat rujukan samada di Perpustakaan Alam Tamadun Melayu (ATMA) di UKM, Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau Akademi Pengajian Melayu, UM.Lain-lain09.02.2009
12

Kembali ke atas