Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gila bahasa


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
muhau Kdgila.Barangkali apabila orang mendengar namaku Tuan Muhau, pasti ada yang tertawa atau paling tidak tersenyum. Apa tidaknya, muhau bererti gila. Tidak mengapa, asalkan aku tidak gila.WawasanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanji Ib, MSrgatal, miang.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
minyak sakang Kn, MSrsejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya.Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiak-kaung Bd, Ml, MSrterjerit-jerit, terlolong-lolong.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buyut Kd Kmtanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit.Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas