Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti); bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya; giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; kegiliran memperoleh giliran; penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : , = giliran ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. bergilir bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. bergilir-gilir sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH DISYIF ATAU DI SYIF?Dalam data kami, tiada perkataan disyif. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan syif yang bermaksud kumpulan yang bekerja (misalnya di kilang) bergilir-gilir dengan kumpulan lain; 2. tempoh kerja yang dijadualkan: minggu depan saya bekerja syif malam.

Bagi penggunaan kata hubung, penggunaan yang boleh digunakan ialah kata hubung pada.
Tatabahasa16.02.2017
shif atau syuf

Ejaan yang betul ialah Syif :

Kamus Dewan mentakrifkan kata syif ; 1. kumpulan yg bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dgn kumpulan lain; 2. tempoh kerja yg dijadualkan: minggu depan saya bekerja ~ malam.

Makna06.04.2009
Yang manakah penggunaan yang betul, "urutan" atau "turutan, seperti ayat yang berikut, "Susun ayat mengikut urutan/turutan yang betul?" Mohon respons.Jika dilihat kepada contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan, urutan dan turutan boleh digunakan secara bergilir-gilir kerana membawa maksud yang sama, iaitu yang berturut-turut.Makna22.01.2020
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Bolehkah saya tahu istilah "round robin format", "peer review" dan "double-blind peer review" dalam istilah BM?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

i.  round robin format - format pusingan robin (dalam bidang Sukan, istilah bahasa Melayu yang digunakan untuk "round robin" ialah tanding padan gilir)

ii. peer review - kajian semula setara/tinjauan semula setara

iii. double-blind peer review - kajian semula setara dua pihak/tinjauan semula setara dua pihak (istilah bahasa Melayu yang lain untuk "double-blind" ialah dwibuta dan buta duaan)

Istilah28.11.2016
Apakah beza makna (jika ada) antara silih berganti dengan bersilih ganti? Atau adakah salah satu sahaja yang gramatis? [Ruang Khidmat nasihat digunakan secara yakin oleh pengguna seperti saya. Malangnya, terdapat percanggahan jawapan yang amat ketara antara jawapan-jawapan yang diberikan. Tidak tekal.] [Kedua, saya bertanya melalui Khidmat Nasihat ini dengan harapan dimuatnaikkan ke dalam ruang tersebut kerana belum ada "posting"/pertanyaan sedemikian. Hal ini dapat membantu pengguna lain jika dicari menerusi ruang itu kelak.] Sekian, terima kasih.

Kata 'silih berganti' dan 'bersilih ganti' mempunyai makna yang sama, iaitu bergilir-gilir atau berganti-ganti. Kedua-dua kata tersebut betul dan boleh digunakan sebagai pilihan. Untuk makluman saudara, kami berusaha untuk memantapkan jawapan dalam Arkib Khidmat Nasihat Bahasa. Oleh kerana jumlah soalan yang agak besar (mulai September 2006 hingga kini) kami memerlukan masa untuk memurnikannya.   

 

Tatabahasa09.02.2011

Kembali ke atas