Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gim.na.sium] | ݢيمناسيوم

Definisi : bilik atau dewan yg dilengkapi palang, beberat, tali, dsb utk latihan jasmani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gim.na.sium] | ݢيمناسيوم

Definisi : bilik atau dewan yg dilengkapi peralatan utk latihan jasmani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gimnasium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Pusat Gimnasium Perkasa" atau "Gimnasium Perkasa"?Jawapan yang etul ialah 'Pusat Gimnasium Perkasa'. Jika gimnasium tersebut besar, dicadangkan menggunakan kompleks bagi menggantikan pusat. Pusat adalah lebih kecil daripada kompleks. Terima kasihLain-lain16.07.2007
Tepatkah jika "workout" satu istilah dalam sukan bina badan yang berkaitan dengan latihan di gimnasium diterjemahkan sebagai "latihan bina badan"?Istilah "workout" bermaksud "senaman" atau "bersenam". Dalam latihan di gimnasium, diterjemahkan sebagai senaman bina badan.Istilah16.08.2007
apakah perkataan dan ejaan betul bahasa malaysia untuk gymnasium.Padanan bahasa Melayu bagi gymnasium ialah gimnasiumIstilah17.09.2006
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "instructur" dalam bahasa Melayu? (Merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menunjuk ajar cara-cara mengunakan alat senaman bina badan kepada ahli di gimnasium)Padanan bahasa Melayu bagi perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih.Istilah23.09.2007
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008

Kembali ke atas