Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gin.séng] | ݢينسيڠ

Definisi : (ginséng) sj tumbuhan yg terdapat di negeri China, Korea, dll, yg akarnya berbau harum dan dipercayai baik utk kesihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ginseng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Renellia paniculataAkar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginsengPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.
stomachicstomakikHerbaTiadaHerba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak.
aphrodisiacafrodisiakHerbaTiadaHerba yang memulihkan potensi seksual normal dan fungsi, dan meningkatkan keinginan seksual. Contoh herba ini ialah ginseng, halba, astragalus, kava kava dan saw palmetto.
Renellia paniculataakar sembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.
health foodmakanan kesihatanMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan atau bahan yang dirumus khas untuk tujuan kesihatan. Makanan ini dikelaskan kepada: (i) Pelengkap diet daripada sumber asli seperti ginseng, bawang putih, dan ekstrak aloe vera; (ii) nutrien individu seperti asid amino, protein ditulen, vitamin, dan garam mineral; (iii) penawar pseudosaintifik seperti enzim, lesitin, dan karnitin; (iv) makanan ditanam secara organik tanpa baja dan racun perosak sintetik; (v) makanan lengkap tanpa proses atau diproses secara minimum seperti bijirin lengkap, beras perang, dan roti mil lengkap; (iv) makanan biasa atau ekstraknya yang boleh melindungi penyakit tertentu seperti saderi, salad, dan teh herba; (vii) makanan diperkaya dengan nutrien.
adaptogenadaptogenHerbaTiadaHerba yang menggalakkan sistem imun bagi membantu tubuh menyesuaikan perubahan, mengawal atur stres dan mengembalikan kerintangan imun secara semula jadi. Contoh herba ini ialah pegaga, kacip fatimah, bawang putih, gingko, echinacea (ekinasea), ginseng dan goldenseal.
tincturetinkturHerbaTiadaCecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik untuk suatu tempoh tertentu. Contohnya, tinktur ginseng.
rootakarHerbaTiadaBahagian tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ke dalam tanah. Bahagian ini berfungsi sebagai pasak, penyerap air dan mineral, dan penyimpan makanan. Akar kering atau segar dalam bentuk keseluruhan yang diracik, dikisar atau diserbukkan biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, akar tongkat ali dan akar ginseng.
Chinese traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional CinaHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan teori yang menegaskan bahawa semua proses dalam tubuh manusia adalah saling berkait dan sentiasa berinteraksi dengan alam persekitaran. Sistem ini berasal dari negara China tetapi telah tersebar dan diguna pakai di Asia Timur, termasuklah Jepun dan Korea. Sistem ini menggunakan kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan herba, akupunktur dan pengurutan. Contoh ubatan Cina ialah ginseng yang dipercayai berkhasiat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.
alterativealteratifHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk membersihkan darah. Kebanyakan herba alteratif meningkatkan tindakan pembersihan darah oleh limpa, hati, buah pinggang dan usus besar. Herba ini digunakan dalam jangka masa panjang untuk memberikan kesan nyahtoksik keseluruhan aliran darah secara berperingkat yang akan meningkatkan penghadaman, asimilasi dan rembesan glandular. Contoh herba ini ialah daun mambu, bawang putih, pegaga dan ginseng.

Kembali ke atas