Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gip.si] | ݢيڤسي

Definisi : orang yg berasal drpd suku bangsa Asia yg tinggal di Eropah dan Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gipsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GIPSI UMUM 
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
KNIGHT, DAME LAURA

Knight, Dame Laura (1877–1970) ialah pelukis

Inggeris yang terkenal kerana lukisannya tentang

balet, sarkas, dan kehidupan orang gipsi. Stail

lukisannya yang hidup dan asli serta penggunaan

warna, yang terang memberi kekuatan kepada

lukisan-lukisannya.

UMUM 
ANDALUSIA

Andalusia juga dieja Andalucia , ialah kawasan

pergunungan dan dataran di selatan Sepanyol. Untuk

lokasi, lihat Sepanyol (peta politik). Pada tahun 1833,

Sepanyol membahagikan Andalusia kepada daerah

Almeria, Granada, Jaen, Malaga, Cadiz, Cordoba,

Huelva, dan Sevilla. Andalusia meliputi 87 268

kilometer persegi. Kebanyakan penduduknya yang

hampir 6.5 juta itu tinggal di kawasan luar bandar.

Seville merupakan ibu negerinya pada zaman dahulu.

Kawasan ini dikenali kerana iklim, gunung-ganang,

gipsi, dan lembu jantannya.

UMUM 

Kembali ke atas