Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gip.sum] | ݢيڤسوم

Definisi : sj mineral (kalsium sulfat terhidrat) berwarna putih yg terdapat secara semula jadi, biasanya digunakan utk membuat plaster Paris, baja, simen, kaput tulis dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gip.sum] | ݢيڤسوم

Definisi : ist bahan spt kapur utk membuat turap dan digunakan juga sbg baja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gipsum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GIPSUM UMUM 
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDSMonumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933.UMUMUmum
LILIN TERA

Lilin tera digunakan untuk menera dan

mengegam surat dan dokumen serta untuk

mendapatkan teraan daripada meterai (lihat

Meterai). Lilin ini boleh dibuat daripada rosin,

syelek, turpentin, magnesia, kapur, atau gipsum.

Lilin ini juga boleh digunakan untuk mengedap

botol dan balang.

UMUM 
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 

Kembali ke atas