Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; menggiring 1. menghalau atau mengarahkan binatang ke suatu tempat; 2. membawa (menghantar, mengirim, dll) orang dll ke suatu arah atau tempat: orang itu memberi isyarat supaya kedua-dua tangkapan itu digiring; penduduk daerah kami digiring oleh air ke alun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; menggiring 1 menghalakan (menghalau dll) binatang ke sesuatu tempat: ~ lembu ke kandang. 2 membawa penjahat, orang salah dll ke sesuatu tempat: Mata-mata gelap telah ~ pemuda itu ke Balai Polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; giring-giring loceng-loceng kecil sbg perhiasan pd gelang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giring

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.

Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain,  manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu,  ayat jam loceng  yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring  betul.

Makna16.05.2020

Kembali ke atas