Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; menggiring 1. menghalau atau mengarahkan binatang ke suatu tempat; 2. membawa (menghantar, mengirim, dll) orang dll ke suatu arah atau tempat: orang itu memberi isyarat supaya kedua-dua tangkapan itu digiring; penduduk daerah kami digiring oleh air ke alun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; menggiring 1 menghalakan (menghalau dll) binatang ke sesuatu tempat: ~ lembu ke kandang. 2 membawa penjahat, orang salah dll ke sesuatu tempat: Mata-mata gelap telah ~ pemuda itu ke Balai Polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gi.ring] | ݢيريڠ

Definisi : ; giring-giring loceng-loceng kecil sbg perhiasan pd gelang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giring

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
giringgiringMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Giring terdiri daripada beberapa bola logam kecil yang dipasang pada tali. Pemain memegang tali dan menggoncangkannya untuk menghasilkan rentak tertentu. Di Sabah, giring dimainkan untuk mengiringi tarian bola-bola.

giring (Mal)giringKesenianTiadaPeranggu loceng logam bulat kaum Dusun, Sabah.
bola-bolabola-bolaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa set bola logam atau kayu kecil yang dipasang dengan tali. Bola-bola dimainkan untuk mengiringi tarian di Sabah. Lihat juga giring.


Kembali ke atas