Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.tis] | ݢلوتيس

Definisi : (Bio) bukaan dr trakea ke farinks pd vertebrat yg ditutupi epiglotis sewaktu makanan ditelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.tis] | ݢلوتيس

Definisi : ist bukaan di antara lipatan-lipatan pd pita suara pd bahagian atas trakea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glotis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud glotalisasi? apakah konsonan yang mengalami glotalisasi?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman).Lain-lain20.10.2010
1. Apakah penggunaan yang betul mertua ataupun mentua? 2. Dalam bab Fonologi, bolehkan tuan jelaskan tentang hentian glotis [ ? ] misalnya untuk perkataan [ kata?] dengan glotis untuk perkataan [ sa/at ] 3. Seperti yang umum tahu terdapat penggunaan kata 'untuk' yang kadang-kadang digunakan sebagai kata sendi nama dang boleh juga berfungsi sebagai Kata Hubung Pancangan Komplemen. Bolehkah tuan membezakan penggunaan kedua-duanya.Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, mohon agar dapat dibuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman) dan Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain26.10.2007
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman.Tatabahasa29.10.2010

Kembali ke atas