Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glu.ko.sa] | ݢلوکوسا

Definisi : (Bio) gula ringkas yg terdapat dlm buah-buahan atau madu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glu.ko.sa] | ݢلوکوسا

Definisi : ist gula ringkas dlm keadaan bebas atau terikat yg terdapat dlm haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glukosa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GLUKOSA UMUM 
DEKSTROSA

Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam

industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya

dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan

putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial

dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau

memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur

dengan larutan asid hidroklorik cair.

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 

Kembali ke atas