Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.bé/] | ݢوبيق

Definisi : (gobék) sj alat (spt tabung kecil) utk melumatkan sirih; anak ~ sj antan utk melumatkan sirih; ~ api sj alat utk membuat api; menggobek melumatkan (menumbuk) sirih dgn gobek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.bé/] | ݢوبيق

Definisi : /gobék/ alat spt tabung kecil utk melumatkan sirih: anak ~ alat spt antan yg kecil utk melumatkan sirih. bergobek menggunakan gobek kerana sudah tua dll. menggobek melumatkan sirih dgn gobek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gobek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GOBEK

GOBEK, alat untuk melumatkan atau menumbuk sirih. Gobek biasanya digunakan oleh orang tua yang sudah kekurangan atau ketiadaan gigi. Panjang gobek lebih kurang 25.5 cm dan bergaris pusat 2.5 cm. Gobek diperbuat daripada buluh, kayu, besi, tembaga, perak atau emas.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas