Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.gal] | ݢوݢل

Definisi : cermin mata berbingkai besar yg menutupi sebahagian muka utk melindungi mata drpd terkena air, angin, habuk, cahaya, dsb; bergogal memakai gogal: demi keselamatan, para pekerja itu disyaratkan memakai topi keselamatan dan juga ~ semasa berada di tapak binaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.gal] | ݢوݢل

Definisi : kaca mata berbingkai besar yg dipakai rapat ke muka utk melindungi mata drpd cahaya, air, habuk dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gogal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 

Kembali ke atas