Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut, mayung, Arius thalassinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goh I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
06hb Mac 2013 Tuan, PERTANYAAN DAN PENGESAHAN BAHASA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami ingin membuat pertanyaan dan pengesahan bahasa dan ejaan bagi nama bangunan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk memohon lesen iklan papan tanda. 3. Dilampirkan bersama bahan certakan dengan perkataan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk perhatian pihak Tuan. Sekiranya pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Kenny 03-90593788 samb.103. Sekian, terima kasih. “1 MALAYSIA, CEKAP DAN AMANAH” Saya dengan hormatnya, Kenny Goh ____________________ Kenny GohVisual iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran.Lain-lain06.03.2013
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu.1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara  dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat.   Tatabahasa16.05.2008
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh

1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian.

 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. 

Tatabahasa21.08.2008

Kembali ke atas