Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék) Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : (golék); mangga ~ sj mangga yg besar dan manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lé/] | ݢوليق

Definisi : /golék/; bergolek 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. menggolekkan 1 membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2 menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1 jatuh berguling; terguling. 2 terletak berbaring; tergelimpang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang golekwayang golekKesenianDrama dan TeaterTradisi persembahan cerita melalui boneka yang diperbuat daripada kayu dengan gaya teaterikal. Wayang golek merupakan satu bentuk persembahan yang terkenal di Indonesia.
wayang golekwayang golekMuzikTiada

Teater patung kayu tiga dimensi yang berasal dari Sunda dan daerah utara Cirebon di Jawa Timur. Ceritanya merangkumi epik India seperti Mahabharata dan Ramayana serta Serat Menak yang mengisahkan kehidupan Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Patung ini dimainkan oleh seorang dalang yang menyanyi, berdialog dan bercerita di belakang sebuah rak kayu. Wayang golek diiringi ensembel gamelan.

ketam golekketam golekKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk mengikis kulit, merata dan membuang buku rotan.
ketam golekketam golekKesenianTiadaAlat ukir ketam yang digunakan untuk melicinkan permukaan bahan ukir yang melengkung.
roller conveyorkonveyor golekPentadbiran PerniagaanTiadaKonveyor golek: Konveyor yang mempunyai beberapa batang berbentuk silinder yang boleh berpusing apabila bungkusan ditolak atau dilalukan di atasnya.
roll-ingolek masukPendidikanTiada-
parbucklemuat golekPerhutananTiadaTiada
vertical rollgolek tegakKejuruteraanTiadaTiada
tumblepukul golekSukanTiadaPukulan yang menggolekkan bulu tangkis di atas paras jaring ke kawasan lawan.
picking bowlgolek pakanKesenianTiadaTiada
123

Kembali ke atas