Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.lo.ngan] | ݢولوڠن

Definisi : kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.lo.ngan] | ݢولوڠن

Definisi : himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golongan

Peribahasa

Seperti paruh dengan kepak.

Bermaksud :

Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GOLONGAN KATA UMUM 
EQUESTRIAN

Equestrian ialah satu golongan warga

terkemuka pada zaman Rom purba. Kebanyakan

ahli golongan ini adalah daripada golongan

bangsawan.

UMUM 
PLEBIAN

Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman

awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang

dibebaskan, petani, dan orang di bawah

tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui

bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian

dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah

wujud pada awal tahun 500 S.M.

UMUM 
ZAYDIYYAH

Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang

mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-

Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini

bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah

(golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan

aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam

Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun,

mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah

lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad

al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak

sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam

(pemimpin negara) dan tugasnya.

UMUM 
KILANG PERAS TENAGA

Kilang peras tenaga ialah istilah yang

digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah

golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan

wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus–

lumus selama dua belas jam atau lebih sehari

bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan

kehidupan.

UMUM 
PERANG JAMAL

Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H.

bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah

yang berlaku di antara dua golongan orang Islam

selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan.

Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn

Abu Talib dan golongan kedua di bawah

pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn

‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara

sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali

memecat semua gabenor pada zaman Sayidina

Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai

khalifah.

UMUM 
SURAH AL-WAQI‘AH

Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari

kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda

berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya.

Surah ini membicarakan tentang keadaan hari

kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari

itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu

golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang

berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di

dunia.

UMUM 
DALAI LAMA

Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang

Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat,

golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang

fahaman Buddha.

UMUM 
ABU DHAR, GHAFFARIY

Abu Dhar, Ghaffariy ( ? –32 H./?–652 M.),

sahabat Nabi yang setia, ahli hadith dan fiqh serta

antara golongan awal yang memeluk Islam dan

merupakan golongan ahl al-Suffah. Nama penuhnya

ialah Jundub ibn Janadah ibn Sufyan ibn ‘Ubayd ibn

Haram ibn Ghaffar. Dia ialah saudara kepada

Tha’labah, iaitu anak kepada Mulayl ibn Dumrah,

saudara kepada Layth dan al-Dil, iaitu anak-anak

kepada Bakr. Dia juga saudara kepada Murrah, iaitu

ayah kepada Mudlaj ibn Murrah dan anak kepada

Abd Manat ibn Kinanah. Gelarannya ialah Abu Dhar.

UMUM 
ORANG-ORANG BESAR

ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
12345678910...

Kembali ke atas