Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gong] | ݢو™——““’’’ڠ

Definisi : 1. sj alat bunyi-bunyian drpd logam yg bertombol (dibunyikan dgn dipalu), canang besar; ~ pelaung sl gong yg dibunyikan utk memanggil; ~ pengerah sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan) askar-askar (pekerja-pekerja dll); 2. bunyi spt bunyi canang besar dipalu; mengegongkan memalu gong, membunyikan gong; ~ gong pesuk prb memegahkan kemuliaan (kekayaan dll) yg telah tidak ada lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gong] | ݢو™——““’’’ڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), putat tepi, Helicia petiolaris; 2. sj tumbuhan (pokok), rambutan pacat, Xerospermum laevigatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gong] | ݢو™——““’’’ڠ

Definisi : Kl 1. agak gila, kurang siuman; 2. dungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gong] | ݢو™——““’’’ڠ

Definisi : alat bunyi-bunyian drpd logam yg diberi bertombol (dibunyikan dgn dipalu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gong

Peribahasa

Seperti rusa masuk kampung.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk digunakan bagi gong dan kompang? Ayat contoh: 1. Dua buah gong diperlukan untuk mengiringi tarian singa. 2. Hadi membeli sebuah kompang semasa jualan hari kraf itu. Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai untuk gong dan kompang ialah buah seperti dalam contoh ayat yang diberikan.Tatabahasa08.06.2011
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
apa yang di maksudkan dengan "chanang"Canang ialah gong kecil (untuk memberi alamat, menyerantakan, dll).Makna07.10.2008
Sejak tahun 2008 saya mula melihat berlaku satu tradisi baru dalam menggunakan gelaran 'Tuan' pada nama seseorang terutama sekali dikalangan ahli politik yang mendapat jawatan menerusi lantikan politik. contoh : Tuan Lim Gong Gon, Ahli Majlis Perbandaran Kota Lama. YB. Tuan Ali bin Kalim, Exco kerajaan negeri YB. Tuan Lim Guang In, Menteri Persekutuan Adakah penggunaan 'Tuan' dibolehkan? Atau sepatutnya digunakan 'Encik' Contoh : YAB Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri MalaysiaBerdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan bagi yang bukan Ahli Parlimen gelarannya ialah Encik, seperti Encik Lim Gong Gon. Tiada pekeliling tentang pemakaian gelaran/sapaan tuan bagi penjawat jawatan melalui lantikan politik.Lain-lain11.03.2022
Aman Sah Abu Bakar 07:48 Aman Sah Abu Bakar Aman Sah assalam saya wakil dr sk telok gong...kami ingin mencari dato kemala utk menjemput beliau ke majlis makan malam jubli emas sekolah kami...beliau merupakan bekas guru di sekolah kami...apa cara kami untuk menghubungi beliau atau ada cara sila maklumkan saya...URGENT...Wa alaikumussalam. Alamat yang kami ada: YBhg. SN Dato' Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah, 321 Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 KUALA LUMPUR dato_kemala@yahoo.com 0122029130Lain-lain11.11.2016
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009

Kembali ke atas