Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gosok;

Peribahasa

Diapit tidak bersanggit,
     ditambat tidak bertali.

Bermaksud :

Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tidak akan menjadi begitu marah jika tidak ada orang (menggosok/menggosok-gosok)nya.Jawapan yang tepat ialah menggosok-gosok.Tatabahasa23.08.2013
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming).

Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung ((  )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan.

Tatabahasa09.04.2020
1.penggunaan "adalah" dan "ialah" 2. Bolehkah menggunaka nombor dalam penulisan karangan pelajar? Contoh gosok gigi 3 kali sehari.

Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan.
Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa  kaedah (mengikut  buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

   (i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10.

               contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan 

   (ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka.

              contoh: 10, 100, 1000, 499.

Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari.

 

 

Tatabahasa20.02.2009
Adakah 'skrub' wujud atau diterima pakai dalam bahasa melayu menggantikan scrub dalam bahasa inggeris?Tisdak ada perkataan "skrub" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "scrub" ialah sental, gosok dan ganyah.Istilah28.01.2016
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda?Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap.Tatabahasa07.02.2013
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010
Salam Sejahtera ! Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya dengan menggosok gigi pada setiap hari. Soalan: Bolehkah perkataan "contohnya" digunakan pada mula ayat.

Perkataan contohnya boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini.

Ayat "Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya, gosok gigi pada setiap hari” boleh digunakan.
Tatabahasa11.03.2014

Kembali ke atas