Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gaut] | ݢاءوت

Definisi : (gaut) sj penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yg menyebabkan sendi kaki (lutut, dll) menjadi bengkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gout


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goutgoutSosiologiTiadaTiada
goutgoutPerubatanTiadaPenyakit metabolisme yang dicirikan oleh pertambahan kepekatan dan pemendakan asid urik di dalam serum, serta pemendakan asid urik sebagai natrium urat di dalam pelbagai tisu tubuh.
goutgoutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
goutgoutGerontologiTiadaPenyakit gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu.
goutgoutPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan dengan gangguan metabolisme purina, penimbunan asid urik di dalam darah, artritis akut dan terbentuknya endapan mononatrium urat (urate) di dalam rawan sendi.
goutgoutMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu. Asid urik mungkin termendap disebabkan oleh luka kecil, pengambilan alkohol berlebihan, pembedahan, keletihan, gangguan emosi, jangkitan atau pengambilan ubat insulin dan penisilin. Pengambilan makanan yang mengandungi bes tinggi seperti makanan laut, organ dalaman, dan daging merah boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam darah berlebihan. Tanda-tanda penyakit ini termasuk bengkak dan sakit kuat di bahagian sendi kaki dan tangan terutamanya di ibu jari kaki.
goutgoutHerbaFitoterapiPenyakit radang sendi disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah dan dicirikan oleh kesakitan yang amat sangat.
colchicines poisoningkeracunan kolkisinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan kolkisina, iaitu ubat yang digunakan untuk merawat gout, menghalang serangan artritis gout, dan merawat kanser. Tanda utama keracunan ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Keracunan akut berlaku selepas 3-6 jam akibat dos berlebihan. Gejalanya adalah rasa pedih dalam kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, sakit abdomen, oliguria, tekanan darah turun, anuria, kerosakan kardiovaskular, delirium, konvulsi, dan lemah otot serta kegagalan pernafasan. Kematian mengejut mungkin berlaku selepas penyuntikan dengan cepat sebanyak 2 mg. Keracunan kronik kadang-kadang menyebabkan pansitopenia, trombositopenia dengan perdarahan, leukopenia, malserapan, oliguria, dan hepatitis. Dos parah untuk orang dewasa ialah 20 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.005 �g/mL. Penemuan patologi dalam kes parah ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan dalam saluran gastrousus dan buah pinggang.
goutgondokKimiaBiokimiaPenyakit metabolisme yang dicirikan oleh pertambahan kepekatan dan pemendakan asid urik di dalam serum, serta pemendakan asid urik sebagai natrium urat di dalam pelbagai tisu.
acute gouty arthritisartritis gout akutPerubatanTiadaArtritis akut yang terjadi akibat penyakit gout.
123

Kembali ke atas