Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyah


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ini boleh disalahgunakan untuk menyalurkan maklumat dengan cara yang tidak boleh dikesan oleh pengguna sistem. saluran boleh eksploitasi (Ig. exploitable channel) Laluan komunikasi yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah atau goyah, seperti paket yang tidak disulitkan. Keadaan ini akan menyebabkan laluan tersebut mudah dieksploitasi oleh pengguna hasad. saluran pemasaan terselindung (Ig. covert timing channel; Br. saluran waktu terselindung; Id. kanal pewaktuan ke atas sistem komputer dan asetnya. serangan PHF (Ig. PHF attack; Br. serangan PHF; Id. serangan PHF) Serangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran. serangan Salami (Ig. Salami attack) Serangan ke atas data integriti dalam

Kembali ke atas