Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid-etched composite splintsplin komposit beretsa asidPergigianTiadaKaedah mengikat gigi berdekatan yang goyah akibat trauma seperti kemalangan dan jatuh dengan menggunakan resin komposit. Gigi yang goyah dietsa asid sebelum resin komposit diletakkan di kawasan antara proksimal untuk menstabilkan gigi. Kadang kala dawai diletakkan di permukaan labial atau lingual bagi menjajarkan gigi tersebut.
neonatal teethgigi neonatalPergigianTiadaGigi yang erupt dalam tempoh 30 hari setelah bayi dilahirkan. Gigi neonatal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Gigi ini biasanya kecil, berbentuk lancip dan goyah kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Gigi neonatal yang kerap terjadi ialah gigi insisor bawah. Gigi neonatal dicabut sekiranya goyah atau mencederakan lidah bayi atau puting susu ibu semasa proses penyusuan. Gigi neonatal yang goyah berisiko tertanggal dan diinhalasi ke dalam paru-paru. Sekiranya mengganggu, gigi neonatal akan dicabut menggunakan anestesia topikal.
labilegoyahPerubatanTiadaBerkaitan dengan emosi yang tidak stabil dan tidak terkawal.
labilegoyahFizikMekaniklih. labil
labilelabil/goyahFizikTiadaTiada
labilelabil/goyahSosiologiTiadaTiada
labilelabil/goyahGeologiTiada2. Berhubung dengan batuan atau mineral yang tak stabil secara mekanik atau kimia.
labilelabil/goyahPerubatanTiada1. Berkaitan dengan dadah atau bahan kimia yang mudah mengalami perubahan dalam larutan atau apabila terdedah kepada sesuatu.
labilelabil/goyahKimiaTiadaTiada
labilelabil/goyahKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas