Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.duan] | ݢرادوان

Definisi : mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.duan] | ݢرادوان

Definisi : mahasiswa atau mahasiswi yg akan menerima ijazah pd masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graduan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat?Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat.Istilah27.02.2012
Bekas graduan: Macam mana seseorang itu boleh jadi "bekas graduan". Adakah istilah ini betul kegunaannya. Mohon pencerahan.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), graduan bermaksud seperti yang berikut:

graduan kata nama
1 pelajar institusi pengajian tinggi yang akan menerima sijil, diploma atau ijazah pada hari konvokesyen;
2 orang yang lulus dan memperoleh ijazah daripada institusi pengajian tinggi: Universiti tempatan mengeluarkan lebih banyak graduan jurusan sastera berbanding sains.

ASAL: [daripada bahasa Inggeris graduand daripada bahasa Latin graduandus]

Penggunaan "bekas graduan" adalah tidak tepat dari segi semantik atau maknanya.
Makna31.10.2023
Apakah istilah BM untuk 'graduate employability'? Bolehkah 'pengambilan kerja graduan' diterima? Terima kasihPadanan bahasa Melayu ialah kebolehgajian graduan atau kebolehpasaran graduan bergantung pada konteks penggunaan.Istilah13.02.2019
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini..Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara.  Lain-lain22.02.2009
Salam, kami memerlukan khidmatnasihat bagi memilih tema konvo kolej ini. Berikut disertakan cadangan. yang manakah yang paling sesuai dan apakah susunan dan tatabahasa adalah betul. 1. Menjana Transformasi Graduan Berinovasi 2. Graduan Berinovasi Menjana Transformasi 3. Transformasi Ke Arah Graduan Berinovasi Terima kasih.
Tema yang paling sesuai digunakan ialah ' Graduan Berinovasi Menjana Transformasi'
Tatabahasa14.08.2012
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan"1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.
2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan".
Tatabahasa20.06.2015
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah yang betul? Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘di’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara Atau Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘ke’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negaraAyat yang betul ialah “Meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara.”Tatabahasa08.06.2022
1. Bolehkan digunakan perkataan berdiploma dalam ayat 'Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.' 2. Perkataan 'sastera dan Sains Sosial' mesti dimulakan dengan huruf besar atau kec il dalam ayat berikut: Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang sastera dan sains sosial menunjukkan ....

1. Ber + kata nama antaranya membawa pengertian mempunyai, seperti dalam ayat: Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.

2. Ejaan yang betul ialah Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang Sastera dan Sains Sosial menunjukkan...

Tatabahasa30.11.2010
Apakah padanan Bonnet (Topi untuk graduan PhD) dan Mortar Board (Topi untuk graduan Ijazah dan Diploma) dalam Bahasa Melayu?Cadangan padanan dalam bahasa Melayu untuk "Bonnet" dan "Mortar Board" ialah Topi Bonet dan Topi Mortar.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2022
saya bercadang utk menganjurkan majlis rasmi pada hari kursus kami menerima skrol ijazah sarjana muda pada bulan ogos ini. nama majlis yang dicadangkan ialah Majlis Graduan Fizik Kesihatan. apakah perbezaan penggunaan istilah siswazah dan juga graduan? terima kasih atas perhatian.Graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. siswazah ialah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dll., orang lulusan universiti. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 483,1508. Makna30.04.2008
1234

Kembali ke atas