Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.fik] | ݢرافيک

Definisi : 1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2. lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah (buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej grafik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.fik] | ݢرافيک

Definisi : 1 maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll utk menyatakan atau menyampaikan sesuatu idea dsb. 2 lukisan, gambar dsb pd sesuatu halaman majalah, buku dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grafik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRAFIK KOMPUTER UMUM 
SENI GRAFIK

Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan

teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan

semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut

termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi,

dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah

dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini

dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang

tersendiri.

UMUM 
MULTIMEDIA

Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi,

fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh

komputer. Program multimedia boleh digunakan

dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan

pelbagai bidang lain.

UMUM 
PICASSO, PABLO

Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang

terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana

arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari

beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun

1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut

baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah-

ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari-

cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan

kerumitan pada tahun 1900-an.

UMUM 
KARTOGRAFI

Kartografi, proses membuat peta. Kartografi menggambarkan secara grafik sesuatu kawasan geografi di atas permukaan yang rata seperti peta atau carta.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
CARTA PAI

Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data.

MATEMATIKKonsep
MEJA UKUR

Meja ukur,  alat yang digunakan untuk menjalankan kerja ukur secara grafik khususnya bagi menghasilkan pelan atau peta.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SENI KERTAS

Seni kertas merujuk kepada penggunaan

kertas hias. Manusia mereka bentuk dan

menggunakan kertas demikian sejak bertahun-

tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada

kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi

sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada

kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias

melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti

bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum.

UMUM 
CARTA BAR

Carta bar,gambar rajah atau perwakilan secara grafik untuk membandingkan kategori data dengan menggunakan jalur atau palang yang sama lebar secara melintang atau menegak.

MATEMATIKKonsep

Kembali ke atas