Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.fit] | ݢرافيت

Definisi : (Kim) sj karbon yg lembut dan berwarna hitam yg digunakan dlm pembuatan pensil, pelincir, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.fit] | ݢرافيت

Definisi : bahan spt arang yg digali dr tanah dan digunakan utk membuat pensel dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grafit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graphitegrafitKimiaTiadaAlotrop semula jadi karbon yang berbentuk hablur, berwarna kelabu, lembut, licin dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Struktur hablur grafit mempunyai atom karbon yang tersusun secara heksagon dan terikat dengan ikatan kovalen. Daya Van der Waals yang lemah wujud antara lapisan grafit. Ini membolehkan lapisan-lapisan yang berdekatan tergelincir antara satu sama lain. Grafit juga dapat dihasilkan dengan memanaskan kok petroleum sehingga 3000oC di dalam relau rintangan elektrik. Alotrop karbon ini digunakan untuk membuat bahan pelincir, pencil, mangkuk pijar, elektrod dan penyederhana di dalam reaktor.
nuclear graphitegrafit nuklearKejuruteraanTiadaGrafit yang digunakan untuk tujuan nuklear berdasarkan sifat-sifat fizik dan kimia yang dipunyainya.
isotropic graphitegrafit isotropiKejuruteraanTiadaGrafit yang mempunyai ciri khusus untuk kegunaan di dalam reaktor nuklear.
graphitic acidasid grafitKimiaTiadaGrafit yang telah diolah dengan asid nitrik dan kalium klorat.
graphite depositmendapan grafitGeografiTiadaMendapan grafit dalam bentuk kepingan dalam telerang - telerang mineral atau sebagai jisim - jisim berlapis.
graphite pebbleskerikil grafitKejuruteraanTiadaBebola grafit berdiameter kecil digunakan sebagai pemantul neutron.
borated graphitegrafit berboratKejuruteraanTiadaBahan perisai daripada grafit yang mengandung sebatian boron.
graphite reflectorpemantul grafitKejuruteraanTiadaPemantul neutron daripada grafit.
supporting graphite sleevelengan grafit penyokongKejuruteraanTiadaPenyokong grafit beranulus yang mengandung unsur bahan api dalam reaktor nuklear jenis tertentu.
graphite reactorreaktor grafitKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan grafit sebagai penyederhana.
12345678

Kembali ke atas