Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.ma.tis] | ݢراماتيس

Definisi : (Lin) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~; kegramatisan perihal gramatis, sifat grama-tis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ~ ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gramatis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sering melihat terdapat pertanyaan mengenai ayat yang gramatis dan tidak gramatis dalam ruangan Khidmat Nasihat (disertakan lampiran sebagai contoh). Soalan saya: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tidak gramatis dan ayat kurang gramatis? 2. Adakah ayat yang tidak gramatis dan kurang gramatis adalah salah dan langsung tidak boleh digunakan ATAU ayat tersebut adalah kurang tepat tetapi masih boleh digunakan terutamanya dalam konteks yang formal (seperti dalam penulisan).Frasa yang betul ialah ayat gramatis dan ayat tidak gramatis. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi.Tatabahasa20.07.2016
Adakah ayat ini gramatis? *Ketua kampung berjanji akan menolong kami.Ayat tersebut tidak gramatis, yang gramatis ialah 'Ketua kampung berjanji menolong kami'.Tatabahasa27.12.2010
apakah contoh penyalahgunaan bahasa gramatis?Maksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh penyalahgunaan bahasa gramatis ialah Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.Tatabahasa03.04.2010
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis?Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan.Tatabahasa18.10.2010
apakah contoh bahasa yang gramatis?Bahasa yang gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh ayat :  mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
Kebaikannya mengaburi mata masyarakat. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis ialah "Kebaikan yang dilakukannya hanya untuk mengaburi mata rakyat."
Lain-lain28.10.2018
"Bolehkah saya SERTAI majlis kamu?" Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah saya menyertai majlis kamu?".Tatabahasa27.02.2013
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Kakak akan laporkan kepada ayah. Adakah ayat di atas gramatis?Ayat yang gramatis ialah "Kakak akan melaporkan perkara itu kepada ayah."Tatabahasa30.05.2013
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih.Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.

Contoh:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
Tatabahasa06.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas